Thursday, December 28, 2006

Moh Ngail Kat Kolam Pak Ali


SEMENYIH: Kolam air tawar mana anda hendak pergi memancing bersama keluarga atau rakan bagi menghabiskan cuti hujung minggu ini.

Kalau anda belum ada keputusan, bagaimana kalau ke Kolam Pak Haji Ali di Lorong Tanjung, Kampung Pasir Baru, Jalan Sungai Lalang, di sini.

Kolam itu dianggap pilihan terbaik kerana hanya dibuka Sabtu dan Ahad serta cuti umum, bermula jam 8 pagi hingga 7 petang.

Pengurusnya, Ali Mohd Daud, berkata kolam itu dihuni patin buah, tongsan, keli, baung, rohu, lee koh, talapia merah dan ketutu.

Bayaran masuk RM25 mulai 8 pagi hingga 7 malam, RM15 daripada jam 12 tengah hari hingga 7 petang dan RM10 bagi jam 4 hingga 7 petang.

Dua kolam dibuka manakala empat kolam lagi untuk stok ikan.

“Ikan kolam ini dijamin tidak hanyir kerana diberi makan dedak dan roti,” katanya.

Katanya, umpan perut ayam dibenarkan bagaimanapun baki umpan berkenaan mesti dibawa balik untuk menjaga kebersihan kawasan itu.

“Bau busuk baki umpan perut dan hati ayam boleh menarik perhatian biawak dan anjing untuk masuk ke kawasan ini sekali gus menjadikan kolam itu kotor,” katanya.

Pelanggan boleh menunaikan solat di bilik yang disediakan di tepi kolam itu.

Jika rezeki tidak berpihak kepada pemancing, pihaknya akan memberi lima tilapia merah untuk dibawa pulang. Keterangan hubungi 013-2447284/013-6022712.

No comments: