Thursday, December 28, 2006

Contoh Perkakas Wifi


Air Plus Xtreme G High Speed 2.4 GHz (802.11g)/Wireless 108 Mpsb
PCI Adapter RM 99 - RM 149

Air Plus Xtreme G High Speed , 2.4 GHz (802.11g)/Wireless 108 Mpsb
USB Adapter RM99 - RM139



D Link wireless 108G MIMO Rauter RM 313


Ini adalah antara contoh peralatan yang akan digunakan dalam melaksanakan projek WIFI di
kawasan taman perumahan Fasa 3E. Kumpulan pertama akan mula menggunakan kemudahan
Wifi ini selewat-lewatnya pada pertengahan bulan Januari 2007. Di minta semua ahli yang berminat memberi kerjasama yang secukupnya dalam menjayakan projek ini.

Moh Ngail Kat Kolam Pak Ali


SEMENYIH: Kolam air tawar mana anda hendak pergi memancing bersama keluarga atau rakan bagi menghabiskan cuti hujung minggu ini.

Kalau anda belum ada keputusan, bagaimana kalau ke Kolam Pak Haji Ali di Lorong Tanjung, Kampung Pasir Baru, Jalan Sungai Lalang, di sini.

Kolam itu dianggap pilihan terbaik kerana hanya dibuka Sabtu dan Ahad serta cuti umum, bermula jam 8 pagi hingga 7 petang.

Pengurusnya, Ali Mohd Daud, berkata kolam itu dihuni patin buah, tongsan, keli, baung, rohu, lee koh, talapia merah dan ketutu.

Bayaran masuk RM25 mulai 8 pagi hingga 7 malam, RM15 daripada jam 12 tengah hari hingga 7 petang dan RM10 bagi jam 4 hingga 7 petang.

Dua kolam dibuka manakala empat kolam lagi untuk stok ikan.

“Ikan kolam ini dijamin tidak hanyir kerana diberi makan dedak dan roti,” katanya.

Katanya, umpan perut ayam dibenarkan bagaimanapun baki umpan berkenaan mesti dibawa balik untuk menjaga kebersihan kawasan itu.

“Bau busuk baki umpan perut dan hati ayam boleh menarik perhatian biawak dan anjing untuk masuk ke kawasan ini sekali gus menjadikan kolam itu kotor,” katanya.

Pelanggan boleh menunaikan solat di bilik yang disediakan di tepi kolam itu.

Jika rezeki tidak berpihak kepada pemancing, pihaknya akan memberi lima tilapia merah untuk dibawa pulang. Keterangan hubungi 013-2447284/013-6022712.

Monday, November 27, 2006

Pancing Kelong Bagan Lalang

Banyak juga dapat ikan semasa pancing Bagan Lalang hujung minggu lepas.. walau pun hanya beberapa orang saja yang join. Usof, Dollah, Kassim, Man, Samijan dan Chong .. semua dapat ikan. hujan renyai sikit-sikit.. ikan banyak makan sebelah subuh..

Ikan paling besar dapat siakap 7 kg, pari 4kg, gelama 1kg, sotong dapatla sikit masak terus di kelong .. rebus saja.

Kesian Chong mabuk laut tak biasa tengok ombak.. tapi dia semangt nak pegi lagi 9/10 Disember ni..


yang paling best dapat geng dengan kumpulan lain yang join sama kelong tersebut.. geng klang dan shah alam.

Gambar belum dapat up-load lagi .. tak sempat sibuk sikit. gambar ikan ada la..



Monday, November 13, 2006

Jamuan Raya 2006






























Serius je abang ni, mancing tak dapet ikan ke ??













Majlis jamuan raya tempoh hari meriah juga..

Jangan lupa ada lagi BBQ sambut tahun baru 2007 dan hari raya haji nanti.Harap kali ini lebih ramai lagi yang join..






Pengerusi bersama AJK persatuan











Anak-anak sedang menjamu selera, yang pakai baju purple tu anak saya..







Adik-adik ni pelajar Kolej Profesional MARA, yang baju biru tu sapa nama ?



















Hup hup hooray.... Abang yang angkat tangan tu, orang kuat BBQ




Wednesday, November 08, 2006

Keselamatan

Adalah diingatkan kepada semua bahawa sejak-sejak akhir ini, keselamatan perumahn kita di kawasan Hulu Langat / Semenyih / Beranang adalah agak terganggu dengan kes-kes samun, curi dan sebagainya.

Kita bersyukur dengan adanya rondaan oleh pihak polis ke kawasan perumahan kita yang lebih kerap berbanding dengan masa-mas dahulu. Tahniah kepada polis Tuan OCS Beranang.

Sebagai penghuni perumahan Tasik Kesuma, kita juga boleh membantu sama-sama mencegah kes-kes di atas dengan bersikap lebih perihatin, contohnya seperti berikut:

* Kenal jiran kita.
* Perhatikan jika ada orang-oarang/kenderaan yang tidak dikenali berlegar di kawasan perumahan.
* Buka lampu pada waktu malam.
* Tinggalkan pesan kepada jiran/kawan jika keluar rumah atau menjangka tetamu
* Padang sistem penggera keselamatan kepada yang mampu, atau sensor.
* Jangan biar pintu pagar terbuka jika tidak perlu.
* Jangan under-estimate masa sibuk seperti waktu pagi (nak pergi kerja, hantar anak sekolah/tadika dsb).
* Simpan nombor telefon (handphone) jiran, polis dan sebagainya untuk waktu kecemasan.
* Jangan terus masuk rumah apabila balik. Perhatikan dahulu jika perlu.
* Pastikan semau pintu dan tingkap ditutup/kunci apabila keluar rumah atau tidur.
* Gunakan inititif sendiri dengan meletak pelekat/logo pada kenderaan anda, yang menunjukkan anda dalah penduduk Tasik Kesuma(Boleh print sendiri zaman ICT ini). Berguna juga apabila diluar kawasan.
* Gunakan perkhidmatan SMS DAPAT dalam memberi maklumat kepada polis e.g. POLISSELANGOR .........(laporan atau maklumat)................... dan hantar ke 32728.


Kita hendahlah bersimpati dengan rakan-rakan kita yang telah menjadi mangsa bukannya dengan berkata "nasib baik bukan rumah aku" atau sebagainya.

KESELAMATAN ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Friday, November 03, 2006

Mesyuarat AJK

Mesyuarat Khas AJK bagi persiapan jamuan hari raya akan diadakan pada hari Rabu, 8 Nov 2006 jam 9:15 malam di rumah Pengerusi.

Semua AJK dan penduduk yang kelapangan dijemput hadir. Diharap Pengerusi dapat menyediakan kueh raya serba sedikit.

Macam biasa, lepas mensyuarat ada temasya di padang.

S/U

Nota:
Gambar-gambar di bawah ni, saja nak tunjuk aktiviti kita yang lepas dan nak bagi semangat supaya aktiviti kita datang lebih meriah lagi.





Ekspedisi Kelong Bagan Lalang

Jangan lupa lupa program mancing dan candat sotong di Kelong Mamud Bagan Lalang. Sabtu/Ahad 25/26 November 2006.

Yang berminat dan masih belum buat pengesahan boleh hubungi biro penganjur Sdr Zaidi 019- 232 3302.

Sewa kelong RM35 seorang 2D1N.

Bagi geng yang setia dengan kolam air tawar, dicadangkan dapat up-grade sikit kekili dan tali tu.. kot nanti kena tarik pari ke siakap ke, putih mata, dia bukan macam rohu atau patin.

Jumpa disana..

Tuesday, October 31, 2006

Gotong Royong

Sempena menyambut Ramadhan 1427H, gotong royong penduduk telah diadakan pada hari Sabtu 9 September 2006. Sambutan penduduk terhadap aktiviti ini adalah menggalakkan. Komitment jawatankuasa dapat dilihat begitu jelas.